Tuesday, May 14, 2013

Bulan Rejab | Langkah Mula Mendapatkan Lailatul Qadar


Bulan Rejab | Langkah Mula Mendapatkan Lailatul Qadar | Sudah sebulan blog ini sepi, sibuk berperang di lapangan semasa PRU baru-baru ini, kemenangan masih lagi di tangan sang penguasa GST. Saya tidak mahu menulis soal politik hari ini. cukupalah sekadar cetusan hati yang telah lama membeku. Harapan saya, semoga Rejab dan Syaaban adalah medan tarbiyyah untuk kita sama-sama mendapatkan Lailatul Qadar di saat Ramadan yang bakal menjelang tiba.


Kita sedang menghitung hari, menunggu tibanya bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh kita semua, Ramadhan. Semoga Allah mengurniakan Ramadhan ini kepada kita.Bulan ini bulan Rejab yang di dalamnya terkandung peristiwa penting iaitu Israk dan Mikraj , suatu peristiwa yang sangat menguji aqidah kita sebagai ummat Islam.

Sesudah Rejab, Syaaban akan menjengah dengan ibadah nisfu Syaaban. kedua-dua bulan ini adalah medan persediaan tarbiyyah kita bagi menghadapi Ramadhan. Namun kita lupa tentang sesi latihan ini. Bulan Ramadhan adalah bulan peperangan hawa dan nafsu. adakah kita dapat tewaskan musuh nombor satu kita itu tanpa persediaan rapi. Kemenangan yang sebenar adalah pada 1 Syawal.

Kita masih bersedih dengan ketidakbelum menang kita di dalam PRU baru-baru ini. Sudah tentu kita tidak mahu tewas lagi.

Saya mengambil untuk peringatan diri sendiri dan kawan-kawan sekalian. Mari kita berlatih sekarang. Lailatul Qadar insyaallah dalam genggaman kita.


Tuesday, April 16, 2013

P125 Putrajaya | Husam Musa Bersama Blogger


P125 Putrajaya | Husam Musa Bersama Blogger | Seusai solat Isyak tadi saya bergegas ke Presint 8 untuk sama-sama mendengar amanat Dato' Paduka Husam Musa. Malam ini adalah malam bersama para blogger, facebooker dan twitter. Sudah lama tidak melihat pemimpin ini dari jarak dekat. Tidak rugi saya menghadirinya malam ini.

 Ayuh! mari dengar kalimah-kalimah dari pemimpin yang bakal menjadi ahli Parlimen Putrajaya ini.


video

"Kalau nabi berhijrah, ada Ansar dan Muhajirin. Sekarang saya ini muhajirin, maknanya saya sekarang muhajirin, dan ansarnya di kalangan sedara- sedara sekalian. Saya memerlukan Muhajirin bagi membina Kota Makkah Al- Mukarammah (Putrajaya). Minit 6.45

Ada di surau tadi saya di tanya, bagaimana Rasulullah menyatupadukan orang-orang arab, rasullullah menyatupadukan orang arab dengan bi hablillah,bukan dengan  harta dan kekayaan."




Tuesday, April 2, 2013

Lirik Yang Remeh Itu UMNO



Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut cakap 
Ada tangan undi
Ada kaki jalan 

Ada UMNO habis
Ada PAS OK
Ada BN Jeng
Ada PR Selamat

Yang remeh itu UMNO
Berlegar di sekelilingmu

Yang remeh itu UMNO
Berlegar di sekelilingmu

Buatlah buatlah buatlah tak tahu
Buatlah buatlah buatlah tak tahu

TA : Pening nak upload apa, yang ni pun ok la kot...musim pilihanraya la katakan...

Parlimen Bubar | PRU Akan Diadakan Pada Hujung Mei


Parlimen Bubar | PRU Akan Diadakan Pada Hujung Mei  | KUALA LUMPUR: Semua jentera pilihan raya PAS di seluruh negara diarahkan agar digerakkan segera berikutan ura-ura Parlimen akan dibubarkan esok.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli mengarah, Jenteri Pilihanraya Negeri (JPN), Jentera Pilihanraya Kawasan (JPrK) dan Jentera Pilihanraya Dun (JPrD) bermesyuarat segera malam esok jika Parlimen dibubar esok.

"Sila mesyuarat segera malam esok jika Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri esok.

"Gerakkan strategi tahap lepas bubar," arah Dr Hatta kepada semua jenteranya.

Dr Hatta berkata demikian berikutan laporan media Parlimen besar kemungkinan dibubarkan esok selepas mesyuarat Kabinet.

Esok 3 April genap empat tahun Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Beliau mengangkat sumpah sebagai PM pada 3 Mei 2009.

Berita Harian hari ini melaporkan di muka depannya Parlimen akan dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet.

Semua anggota Kabinet dikatakan mendapat arahan untuk memakai sut hitam lengkap untuk sessi bergambar terakhir Kabinet sebelum dibubarkan.

Namun begitu, terdapat juga maklumat Parlimen akan dibubarkan selepas Asean Summit di Brunei 24 dan 25 April ini.

Ini kerana, Najib mahu menyertai sidang itu dengan mandat penuh bukan sebagai pemimpin kerajaan sementara.

Jika itu berlaku, bermakna pilihan raya hanya akan diadakan di pertengahan atau hujung Mei.

Sumber : Harakah Daily
Monday, April 1, 2013

Hina Nabi | Khairul Fahmi Dikecam




Hina Nabi |Khairul Fahmi Dikecam| Hari ini pagi-pagi lagi aku sampai pejabat, aku tengok ada utusan kat meja kerani, aku ambik dan baca, sebenarnya ini bukannya rutin aku untuk baca utusan ni.

Utusan yang sangat meloyakan dengan cerita seks sebelum ini. Seks politik gila kuasa. Hari ini aku tertarik tentang berita Khairul fahmi Hina Nabi, aku ingatkan Khairul Fahmi yang main bola tu, rupanya Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Aku cuba cari, apa sebenarnya yang berlaku, kerana aku tidak percaya satu patah kata pun dalam utusan kecuali sport toto. 

Kalau judi yang konfem haram dia boleh halalkan, apakah perkara macam ni dia nak cakap dia pejuang Islam.

Kalau UMNO nak cakap Khairul Fahmi hina nabi, sedangkan mereka yang buat video-video fitnah sebelum ini dan menghina hudud terang-terang, itu mereka cakap tak menghina nabi. 

Sayangnya UMNO pada nabi yer...

TA : Masih menunggu apa jawapan Khairul Fahmi Mat Som
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Tinta Asyraf. All Rights reserved
RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger. Design by dzignine based on Minima-White code frameworks