KESAN BANDUAN: Pada lebih kurang jam 12 tengah hari tadi, akibat daripada satu kemalangan membabitkan kenderaan polis dengan sebuah lori di simpang Taman Dato Rashid, Kuantan, seorang banduan bangsa Melayu, lingkungan umur 32 tahun, memakai T-shirt berbelang biru merah, seluar jean warna biru, telah melarikan diri. Banduan tersebut tidak bersenjata dan baru disabitkan kesalahan memiliki dadah di bawah Sek 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dengan hukuman 8 tahun penjara dan 10 sebatan. Sesiapa yang melihat/menjumpai/mengetahui banduan tersebut sila hubungi Bilik Gerakan IPK Pahang di talian 09-5151999.
Alhamdulillah, banduan tersebut sudah pun tertangkap kembali. Ini kenyataan daripada Polis Pahang 40 minit yang lalu. Syabas Polis.



0 comments:
Post a Comment