Bila saya membaca berita ni saya terfikir tentang kejahilan masyarakat. Bermula daripada menantu yang berusia lingkungan 15 tahun itu yang diajak untuk melakukan seks dengan bapa mertuanya sendiri.
dan bapa mertua yang jahil bernafsu binatang ditambah dengan anak lelaki yang sememangnya sudah hilang pertimbangan.
Si menantu yang sebelum ini sudah terlanjur dengan anak lelaki bapa mertuanya sememangnya bernasib malang, namun beliau masih terselamat kerana bapa mertuanya belum sempat melakukan apa-apa.
Isunya disini adalah umurnya baru sahaja menjangkau 15 tahun dan sudah terlanjur. Saya pernah mengeluarkan artikel sebelum ini tentang isu-isu yang sama berkenaan remaja belasan tahun kita yang sudah terlanjur.
Isu bapa mertua yang mengajak seks dengan beliau itu adalah isu lain. Si bapa mertua yang jahil ini sememangnya sudah menganggap menantunya seperti perempuan sundal yang boleh digilir-gilirkan sementelah lagi anak lelakinya yang mempunyai masalah tertentu.
Allahurabbi. Bagaimanakah masa depan Malaysia nanti. Kalau begini akhlak muda mudi kita. Ditambah dengan sang tua yang jahil bernafsu binatang.




12 comments:
melayu ni bangsa yg sgt istimewa...buat apa pon boleh...bukan kah itu yg dicanangkan oleh umno...melayu adalah bangsa terpilih katanya....terpilih abah kao.
-umno wajib ditumbangkan-
Saya juga setuju pandangan saudara. Kalau UMNO yang selama ini mencanangkan akhlak kepimpinan yang buruk maka buruklah akhlak rakyatnya.
aik dekat ngn umah kito ko...huhuhu....wat malu jah,,,
Ha tu la slimut putis, kampung raja tu, dalam Jertih ker?
kg raja bkan dalam jerteh..tp kira DUN lain2..tp jerteh ngn kg raja tu dua2 duk dalam daerah besut... tp,xpernah dgr pun brta ni? kes bile ni?terbaru?
Saya pun tidak pasti bila berlaku, saya Cuba code tentang keruntuhan akhlak yang berlaku dlm masyarakat kita
makin lama makin banyak isu kerosakan akhlak di kalngan orang melayu...sedih betul..
Nak rosak akhlak bukan kerana UMNO ke PAS ke PKR ke DAP ke tetapi kerana keperibadian manusia itu sendiri yang hilang kawalan diri dan bertuhankan nafsu . Apatah lagi kurangnya didikan agama. Tidak ada manusia yang 100% baik @ betul dan tidak ada 100% manusia yang jahat walau tanpa sebesar zarah kebaikannya. Manusia memang tiada yang sempurna. Tiada maknusia yang maksum kecuali Rasuluallah kesayangan kita .
pehal la korg nie nk babitkan politik dlm hal nie..bjet parti laen tu 'baek' 'alim' sgt ke hah..stuju ngn (lina md. munir)...
kerana politiklah Islam akan berkuasa, Islam mesti ada kuasa untuk mendidik rakyatnya, kita tgk BN mendidik rakyatnya dengan poco-poco dengan gangnam style dengan K pop..semua kita kata UMNO sebab dia ada autority untuk menyekat budaya yang tidak elok ini masuk menular ke Malaysia...
Kita bukan salahkan K pop, gangnam atau apa2 saja, tetapi kerana maksiat yang berlaku, percampuran perempuan lelaki tanpa batas, pemakaian yang tidak sopan.
sebagai contohnya, hari belia tahun lepas, kuliah Ustaz Azhar dibatalkan tetapi Konsert K Pop dengan berpakaian seksi diadakan..
Apakah semua ini UMNO tiada kuasa untuk mendidik rakyatnya.
dunia-ii
Post a Comment