Sunday, September 23, 2012

Menyesal Kalau Tak Makan D'Kayangan Buffet Steamboat Shah Alam


Semalam memang rezeki terpijak betul. Pagi saya keluar dengan kakisembang.com, nawaitu awal untuk ke majlis ilmu di Sungai Merab, Bangi. Namun tak kesampaian kelas tu dibatalkan. Minum dan sembang-sembang je la kat kedai. 

Tengah hari, lepak kat rumah kakisembang sambil menonton cerita Bodyguard 2. TV yang tengok kami lepas tu. hee..he...Selepas Zohor kami ke rumah ronyanuar.com untuk memenuhi jemputan makan-makan sempena ibundanya ingin berangkat ke Mekah pada hari Khamis minggu hadapan.

Malam pula, queachmad.com menjemput kami untuk ke Shah Alam. Makan-makan katanya. Mulanya dia minta kakisembang untuk menemannya, tapi disebabkan terdapat masalah tertentu saya pulak yang terpaksa. Memang untungla, apalagi kalau bab ajak makan ni.

Rupa-rupanya saya bertuah malam tadi sebab berkesempatan untuk bertemu dengan Ben Ashaari, saya tak payah cerita lah siapa Ben Ashaari ni. Semua blogger kenal. Blogger top abad ini, dan kerana itulah kami di D'Kayangan Buffet Steamboat untuk menikmati steamboat kat sini.

Saya memang tak pernah datang ke kedai ni. Kami tiba dalam pukul 9.00 malam. Memang ramai orang. Masa gambar kat bawah ni diambil pun kitorang dah kekenyangan membedal steamboat Chef Syarifah ni. Memang Sedap. Yang paling seronoknya kita akan rasa macam kat rumah terbuka. Meriah dan macam-macam jenis steamboat ada.

Selain itu, kambing bakar pun ada, Fuhh...Tak payah cerita banyak-banyak la. Korang pergi la sendiri.








Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

{ slimutputis } at: September 23, 2012 at 11:00 AM said...

~ apabila geng2 blogger aktif bersatu~

{ www.QueAchmad.com } at: September 23, 2012 at 2:51 PM said...

Nak kena pegi ni kedai tu pasni, mesti sdap

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Tinta Asyraf. All Rights reserved
RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger. Design by dzignine based on Minima-White code frameworks