Sunday, December 16, 2012

Aku Bukan Julaibib Cerita Yang Hebat


Malam ini melayan kisah Aku Bukan Julaibib di TV Al Hijrah, inilah kesudahannya apabila dunia menjadi matlamatnya. Saya tertanya-tanya siapa Julaibib ini.

Secara jujurnya saya tidak pernah mendengar kuliah di TV dan radio atau di mana-mana sahaja tentang Julaibib ini. Terima kasih TV Al Hijrah dan SPRM yang telah menjayakan cerita ini dan ia  memberikan kesan yang amat seni dalam jiwa.

Kaitan antara hadith nabi dan pengajaran di sebalik Aku Bukan Julaibib amat mengena dengan kehidupan kita pada hari ini. Mari kita menyingkap kisah Julaibib ini.


Cerita Aku Bukan Julaibib ini aku sandarkan kepada Adam yang merasakan kehidupannya kosong dengan maksiat dan kejahatan yang dilakukan di zaman silamnya sehingga ia mendapat hidayah dan memeluk Islam. Dia merasakan dia bukan Julaibib kerana dia tidaklah seteruk Julaibib. Dia masih mempunyai Isteri dan pendapatan serta kedua-dua ibu bapa, cuma dia mempunyai sedikit konflik dengan bapanya. Di sini pengajaran yang diselit kepada kita bahawa, seteruk mana si anak, ibu dan ayah tidak akan pernah membenci anak-anaknya, walau pun hatinya cukup marah tetapi kebiasaannya ibu dan ayah amat sayang kepada anaknya, dan sebagai anak, seteruk mana pun ayah, tidak salah untuk anaknya mengalah.

Kemudian, muncul watak Rizal yang mengingatkan Adam kepada zaman silamnya, Mungkin Rizallah Julaibib yang Adam sangka, sebab itu Adam teringin sangat membantunya. Namun kesusahan yang dialami Rizal adalah disebabkan oleh konflik keluarga.

Rizal yang telah kematian ibu kandungnya adalah anak kepada seorang kontraktor yang telah ditangkap dan dipenjarakan kerana kesalahan rasuah. Dia hidup merempat apabila isteri kepada ayahnya telah berkahwin dengan En. Kamal, kawan sepejabat Adam.

En. Kamal sememangnya membenci Rizal kerana ian menganggap Rizal ini kotor kerana anak kepada perasuah. Namun beliau tidak mengerti tentang erti keberkatan rezeki bagi orang yang sentiasa menolong orang yang susah. Sebab itulah En. Kamal sering mengeluh kepada Adam tentang kekurangan duit dan banyak masalah dengan hutang.

Pengajaran

Sebenarnya banyak pengajaran yang terselit dicelah-celah cerita ini. Teringat saya akan pesan kak Esah, seorang wanita muslimah yang banyak pengalaman, seakan-akan mengena cerita ini dengan apa yang dia cakapkan kepada saya.

Dia kata, "Nak kahwin dengan doktor, orang lelaki ni kena hebat, untuk menjadi lelaki hebat, tidak semestinya  banyak duit, belajar sampai PhD. Tetapi biar kita menang dengan Allah. Sentiasa solat di surau, berakhlak baik, berzikir. Itulah lelaki yang hebat".

Untuk menjadi seperti Julaibib seperti yang Kak Esah cakap. Allahurabbi, kena azam yang tinggi.
Julaibib miskin harta tetapi kaya dengan Iman dan Taqwa, itulah sebenarnya lelaki hebat.

AKU JUGA BUKAN JULAIBIB.

1 comments:

Anonymous at: December 18, 2012 at 3:48 PM said...

nice~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Tinta Asyraf. All Rights reserved
RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger. Design by dzignine based on Minima-White code frameworks