Hari ini kita belajar sedikit Bahasa Melayu, GAMPANG. Tujuan saya tulis ni adalah untuk memberi semangat kepada skuad Harimau Malaya.
Kepada Skuad Harimau Malaya,
Yakinlah kepada diri kalian dan ketahuilah bahawa seluruh rakyat Malaysia akan terus menyokong perjuangan anda. Kemenangan adalah matlamat setiap perlawanan, namun kemenangan sebenar adalah bukannya mengejar gol semata-mata, kemenangan sebenar adalah persembahan kalian.
Ingatlah, kemenangan itu adalah kerja Allah, kita hanyalah pekerja, kerjalah bersungguh-sungguh, nescaya kamu akan berjaya. Itu yang kami mahu malam ini.
Jangan anggap Thailand gampang (mudah), bermainlah dengan usaha yang berlawanan dengan gampang-gampangan (tidak bersungguh-sungguh).
Doa kami untuk kalian menang malam ini.




1 comments:
aamin... kalah menang harimau malam ni... sy ttap penyokong setia .... permainan yg bersih itu adalah HARIMAU MALAYSIA
Post a Comment