Saturday, January 5, 2013

Amanat Haji Hadi Membuka Aib UMNO


Gegak gempita gendang PRU 13 sekarang ini semakin kuat dipalu, bunyinya sudah kedengaran namun entah bila PRU akan dilaksanakan. Kedengarannya pada bulan 3. Paling tidak pun bulan 4. Semakin hangat mendengar paluan gendang PRU ini.

Sudah sebulan rasanya isu Amanat Haji Hadi ini dimainkan dalam media UMNO. UMNO merasa kemenangan bermain isu ini berpihak kepadanya. Namun mereka silap, apabila Rais Yatim menafikan hak TG Haji Hadi untuk menperjelas amanat ini secara langsung.

Malam ini, bicara rakyat secara langsung membawa isu ini, semuanya bias UMNO. Dimana intelektual UMNO untuk memperdebat isu ini.

Mual aku melihat ketidakintelektual RTM yang sentiasa bias. Anak muda sudah muak dengan pembohongan ini.

Mungkin isu ini juga ingin mengalih perhatian anak muda tentang  persengketaan Deepak Jaikisyan dengan PM. Mana media UMNO untuk melaporkan perkara ini. Semuanya membisu, seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku.

Amanat Haji Hadi ini tidak akan difahami oleh orang-orang yang tidak mengaji tentang ilmu tafsir, amanat yang diterjemahkan oleh orang-orang PAS ketika itu adalah berdasarkan keadaan UMNO ketika itu yang masih janggal dengan Islam. Sungguh tidak adil memberi hukuman tanpa memberi peluang untuk diberikan penjelasan.

Inilah hadiah daripada UMNO untuk rakyat yang terakhir, semakin lama isu ini dimainkan semakin popular TG Haji Hadi dan semakin orang ingin tahu. Ingatlah UMNO, anak muda tidak akan mencari kebenaran di dalam TV lagi.


Anak muda juga tidak akan lupa tentang AMANAT MAHATHIR yang terang-terangan menghina Islam dan Rasulullah.

Teruskanlah bermain dengan isu ini. Kerana ini akan membuka aib mu sendiri.

2 comments:

Anonymous at: January 7, 2013 at 11:19 AM said...

Teman pun naik pelik dengan gelagat dema ni yop. Dema nak mintak hak bercakap dan membela diri melalui RTM? TV3? Atau mungkin juga Utusan? Mimpi ke apa ni yop?

Bukankah selama ini media-media utama ni RTM, TV3 & Utusan difitnah oleh pembangkang sebagai 'media-setan'. Diberi label TV 3/4, Utusan Setan, Utusan Meloya; sampai ada yang sanggup boikot dan bakar! Malah sampai tidak dibenarkan buat liputan dalam majlis pembangkang!

Anonymous at: January 9, 2013 at 9:30 PM said...

NAK BAGI PERJELAS ORANG JENIS TEMAN TU LE YANG TAK RETI2.DEMA TU YANG DOK TENGOK TV3.KOME NI DAH FAHAM SEBAB KAMI BACA HARAKAH.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Tinta Asyraf. All Rights reserved
RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger. Design by dzignine based on Minima-White code frameworks