Penat dah sudah petang tadi, kejap lagi nak tidur, hamba kongsi kat korang gambar-gambar petang tadi di sekitar HKR KL112. Hamba tak dapat masuk ke dalam stadium cuma dok diluar jer...Penuh.
Sebenarnya gambar ni hamba ambik semasa berarak dari Masjid Negara ke Stadium Merdeka, tak tahu la plak hamba pakcik ni mantan jurulatih PLKN atau tidak, mungkin beliau pakai baju anaknya. Hamba saja je buat tajuk tu...tak ada kena mengena pun sebenarnya...he..he..he..
Hamba salut la pakcik ni. SEMANGAT.
Hamba tertarik dengan gaya rambut Punk budak ni, hilang kawan ke dik...
LAUNGAN MERDEKA RAKYAT
Diperkarangan Stadium
Dari Sabah mereka datang, untuk melihat kebangkitan rakyat
Diperkarangan Masjid Negara sebelum waktu Zohor pagi tadi
Doa yang dibacakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan diaminkan oleh para peserta himpunan
NYANYIAN NEGARA KU
Bersurai.
Tunggu di Putrajaya









0 comments:
Post a Comment