Saturday, January 12, 2013

Kemalangan JPJ di Perak Kemuncak Kemarahan Rakyat


Kurang daripada 24 Jam lepas, Malaysia digemparkan dengan kemalangan agam yang membabitkan kereta JPJ dan 10 kenderaan lain di Air Tawar Seri Manjung Perak. 15 tercedera dan Tiada kematian dilaporkan.

Ahli Parlimen Berus, Datuk Ngeh Koo Ham, yang tiba di tempat kejadian kemalangan sejurus selepas ia berlaku, telah diberitahu oleh saksi bahawa kereta JPJ itu menyeberangi pembahagi jalan untuk memintas sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Perbuatan secara tiba-tiba itu menyebabkan lori, yang didakwa
membawa lebih muatan kelapa sawit, membrek secara mengejut dan dilanggar oleh kenderaan lain di belakangnya


Sangkal Dakwaan kenderaan JPJ Dimandu Secara Melulu

Lain pula kenyataan Timbalan OCPD Manjung, Ahmad Mat Isa, beliau menyangkal dakwaan bahawa tiga pegawai JPJ di dalam kenderaan pacuan empat roda telah bertindak secara melulu dan mereka tidak cuba memintas lori terbabit.
Sebaliknya, beliau mendakwa ketiga-tiga mereka adalah dalam perjalanan pulang ke Manjung dari pejabat JPJ Ipoh.

Kenderaan peronda mereka berhenti di hadapan lampu isyarat di depan sebuah sekolah di Ayer Tawar, tetapi dilanggar oleh sebuah lori di belakang kenderaan mereka, menyebabkan kenderaan lain di belakang melanggar lori tersebut, kata Ahmad.


Kemarahan Rakyat Sudah Memuncak

Ngeh mendakwa tindakan masyarakat tempatan itu adalah kemuncak kepada 'penindasan' yang lama oleh kedua-dua pihak polis dan pegawai JPJ.

Beliau mendakwa perniagaan tempatan, termasuk pengusaha dan pemandu lori, telah dipaksa membayar rasuah bulanan kepada polis dan pegawai penguatkuasa JPJ, dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan menjadi mangsa.

Oleh itu, katanya, ketegangan semakin memuncak di kawasan tersebut.

"Saya menggesa kerajaan supaya segera menyelesaikan isu ini, "katanya.

Sumber : 
1. http://mediamalaya.com/jpj-punca-kemalangan-maut-di-perak-8-gambar/
2. http://www.malaysiakini.com/news/218725
3.http://www.malaysiakini.com/news/218707
______________________________________

TA :
Kita mengenali Polis dan JPJ adalah badan awam untuk menjaga keharmonian negara, kita juga mengenali mereka dengan gejala rasuah yang tinggi di kalangan mereka juga.(bukan semua)

Lori, kita mengenali mereka dengan TONTO yang sentiasa dijaga oleh samseng.

Polis kena menyiasat perkara ini secara telus. Kalau yang salah itu tetap salah.

9 comments:

{ Lyaa Suriany } at: January 12, 2013 at 12:05 PM said...

hadoiii hai
mcm mcm skrg ni
sape pulak yg kite nk caye

{ Tinta Asyraf } at: January 12, 2013 at 11:37 PM said...

Kita tunggu siasatan Polis

Anonymous at: January 13, 2013 at 6:19 AM said...

Tgk video dah tau..takkan la jpj berhenti dr seberang jalan n tahan melulu..ni kes pintas lori..kalo anda berada di situasi yg sama pasti akn terkejut n tertekan brek kecemasan..yg jd mangsa kenderaan diblkg...

{ Hakim } at: January 13, 2013 at 2:11 PM said...

Siapa yang tak pernah tengok cara penguatkuasa JPJ bekerja memang takkan tahu yang diorang ni kurang ajar atas jalan. Buat U-turn sesuka hati semata nak kejar lori. Aku pernah hampir kemalangan sekali sebab satu kereta p/kuasa JPJ secara mengejut buat u-turn depan aku.

{ Tinta Asyraf } at: January 13, 2013 at 2:35 PM said...

Kalau baca metro semalam..memang bias la laporan tu. Tak kan lah kereta JPJ yang berhenti di traffic light kemudian dilanggar lori. Pas tu salahkan TONTO..

Anonymous at: January 13, 2013 at 3:51 PM said...

x faham la kes ni..kata kenderaan jpj punca lori brek mengejut dan sebabkan eksiden..tapi camne pulak 2 bijik bas & sebijik wira bulih eksiden kat depan kreta jpj tu????

{ mohdakhbar29 } at: January 13, 2013 at 9:18 PM said...

memang sesetengah penguatkuasa merasaka mereka kuat dan kebal,,mereka mahu orang ramai mematuhi undang2 tapi mereka dengan selamba melanggar undang2,pelakuan mereka pula sering dilindungi ketua2 mereka,,memang diakui pula bahawa pengusaha pengangkutan terpaksa membayar secara bulanan utk memudahkan urusan mereka,,jika enggan penguatkuasa2 ini akan mencari apa saja kesalahan utk menjerat pengusaha tersebut,

{ mohdakhbar29 } at: January 13, 2013 at 9:24 PM said...

jika lori itu melanggar kereta JPJ dilampu isyarat,bagaimana pula kenderaan lain boleh melanggar belakang lori tersebut mustahil mereka tidak menyedari lampu isyarat dihadapan yg selalunya pemandu akan memperlahankan kenderaan ketika menghampiri lampu isyarat.

{ Sleepy_But_Passionate } at: January 14, 2013 at 7:19 PM said...

bodohnyer si ngeh ni, hahah sorg lg si bodoh yg mengaku pandai, pandai2 buat keputusan ko bukan hakim la bangang.. x pyh buat kesimpulan, aku x nak dgr idea bodoh kau tu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Tinta Asyraf. All Rights reserved
RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger. Design by dzignine based on Minima-White code frameworks