1. Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan
engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta
terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu
bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib
2. Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia
bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.
-Saidina Ali bin Abi Thalib
3. Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi
jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas
dengan buah.
-Saidina Abu Bakar As-Siddiq
4. Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun
pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua
belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan
akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah
-Khalifah Ali bin Abi Talib
5. Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki.
Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan
tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang
sebenarnya
-Khalifah Umar al-Khattab




0 comments:
Post a Comment