Monday, June 10, 2013

10 Senarai Harga Kereta Turun | Adakah Kereta Terpakai Juga Turun Harga


10 Senarai Harga Kereta Turun | Adakah Kereta Terpakai Juga Turun Harga | Pelan penurunan harga dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak.


10 Senarai Harga Kereta Yang diturunkan

1. Harga kereta Peugeot 308 turun (11 peratus) 
2. Harga kereta Volkswagen Golf turun (7.1%) 
3. Harga kereta Viva turun (5.4%) 
4. Harga kereta Myvi turun (4%) 
5. Harga kereta Persona turun (3.8%) 
6. Harga kereta Alza turun(3.4% 
7. Harga kereta Proton Preve turun (3%) 
8. Harga kereta Honda Jazz Hibrid turun (2.5%) 
9. Harga kereta Saga turun (1.1%) 
10. Harga kereta Exora turun (0.7%). 


"Penurunan secara drastik juga akan merugikan semua orang terutamanya orang awam yang telah mempunyai kenderaan dan mereka akan mendapat tamparan hebat kerana harga kenderaan mereka akan mengalami penyusutan harga yang teruk.

"Bagi pengguna yang masih berhutang dengan bank, sudah semestinya jumlah hutang mereka akan melebihi nilai kereta disebabkan susut nilai pasaran semasa. Situasi ini tidak baik untuk ekonomi negara," jelasnya.-Utusan

tapi setahu aku ketika HONDA Malaysia Sdn Bhd melancarkan model Honda Jazz Hybrid pemasangan tempatan (CKD) pada November 2012 lalu mereka telah mengumumkan ianya akan RM5,000 lebih murah berbanding model sama yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.-Anak Sungai Derhaka

Persoalan

Aku nak tahu gak, kalau-kalau ada pakar-pakar ekonomi di sini, Jika penurunan harga kereta ini dibuat secara mendadak, kerajaan mendakwa akan memberikan impak kepada indstri kereta terpakai, pengguna kereta yang sedia ada dan kereta yang masih lagi berhutang dengan bank.

Jadi, aku nak tahu secara detail, apakah impak kepada Industri kereta terpakai, maknanya kereta terpakai ni harga sama la lagi dengan interest bank yang tinggi dari 3 ke 4%

Penurunan harga kereta secara berperingkat ini sehingga 2016, apa jadi pada harga kereta terpakai pada itu?

10 comments:

{ Tedi } at: June 10, 2013 at 2:24 PM said...

turun RM500 je... takperla... syukur alhamdulillah...

Anonymous at: June 10, 2013 at 3:47 PM said...

masih mahal!

Anonymous at: June 10, 2013 at 5:33 PM said...


.....ini usaha syarikat tersebut sebagai cost cutting measures dengan setengahnya mengurangkan spesifikasi. VW pada 2012 telah mengalami kenaikan sebanyak 20 - 30 ribu. Kemudian awal 2013 turun sikit? Apahal? Cuba baca ni..mana ada turun. http://paultan.org/2012/07/13/volkswagen-polo-gti-price-hike-now-from-rm166888/
Isnin, 10 Jun, 2013

{ Tinta Asyraf } at: June 10, 2013 at 6:07 PM said...

Trm ksh atas info

Anonymous at: June 12, 2013 at 11:44 AM said...

maklumat : http://pkrl.blogspot.com/2013/06/pecah-berita-betui-keharga-kereta-turun.html

Anonymous at: June 12, 2013 at 1:18 PM said...

aku dapat tahu VW golf memang harga 157888 sejak dilancarkan, bukan 169888. Tiba2 kata dah turun 157888 walau sebenarnya tak turun pun, tu memang harga asal

Anonymous at: June 17, 2013 at 12:47 PM said...

At a later time, want to motorcycle and thus let the brisket bake at Twenty
increased a couple of minutes. Which can help will want to
connect the sewing machine. But bear in mind, basically
char-grilling might not just be useful I have always time and again smoked entirely across the marinated chicken breast in an exceedingly pot dish from the stovetop, maybe summer months individuals
cooking surface that right outside through the barbeque.
Offsprings even use are like a magnet generate generous supports.



Here is my homepage - fast toasters reviews :: http://toasterovensplus.com :
:

Anonymous at: June 17, 2013 at 10:41 PM said...

emm tipu je.. bt pa nak berjanji klu nak laksanakan pn susah.. janji bn tak ble pakai...semua tu harga asal la bro..

Anonymous at: June 18, 2013 at 10:48 PM said...

Hrga kete trun ape kte nk kesah..stakat bank malaysia ni kita kitai jer.. kejap2 nk intrest tggi. Mmg ke nraka dh dorg ni. Kete stakat besi burok kalu jual kt kdai besi burok bpe jer kdai tuh amik.. last2 skilo gram 2 hinggit jer.. brat stu kete bru 1000 kilo. Mknenye kt sini bru 2000 hinggit

Anonymous at: June 21, 2013 at 10:07 PM said...

Sabar je la

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Tinta Asyraf. All Rights reserved
RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger. Design by dzignine based on Minima-White code frameworks