Friday, June 14, 2013

Gambar Sekitar Himpunan HARI UNTUK SYRIA 14 Jun 2013 | Bantuan Senjata Amerika Dan Retorik Syiah


Gambar Sekitar Himpunan HARI UNTUK SYRIA 14 Jun 2013 | Bantuan Senjata Amerika Dan Retorik Syiah | Sedih apabila menerima khabaran daripada sahabat yang mengikuti Himpunan Aman HARI UNTUK SYRIA  tengahari tadi, aku tidak kesempatan untuk bersama-sama bersolidariti petang tadi kerana perlu bermusafir jauh.

Hanya ribuan yang hadir untuk bersolidariti dalam Himpunan Aman HARI UNTUK SYRIA seusai solat jumaat petang tadi. Sedih jika dibandingkan dengan himpunan-himpunan politik. 

Aku membaca beberapa komentar-komentar rakyat Malaysia dan bersembang dengan beberapa orang berkenaan Syria ini. Aku sedih kerana mereka hanya berkomentar dengan akal mereka tanpa mengetahui apakah sebenarnya berlaku.

RETORIK SYIAH SUDAH BERMULA, Amerika Isytihar Bantu Mujahideen

Hari ini Amerika mengumumkan bahawa mereka membantu Pemberontak (Mujahideen FSA) dengan senjata-senjata mereka. Dan hari ini sudah tentu para komentar ini juga akan membantai mujahideen ini adalah dalang untuk menjatuhkan kerajaan Syria, BASYAR AL-ASSAD.

Mereka berhujah bahawa ini semua adalah percaturan Amerika seperti mana yang mereka lakukan di Iran suatu ketika dahulu. Kononnya Amerika ini akan mengambil kesempatan dan akan mencampuri urusan, dan kemudiannya akan menjatuhkan mereka semula. Mereka menganggap Kerajaan Syiria yang berfahaman Syiah itu sama dengan Mujahideen.

Hujah mereka yang dangkal ini tidak memikirkan bahawa kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh REGIM BASHAR AL-ASSAD ini sudah bermula berkurun lamanya. Ianya turun temurun daripada bapanya HAFEZ AL-ASSAD yang membunuh dan merogol rakyatnya sendiri.

Setiap hari kita melihat kanak-kanak menangis, orang tua ditembak dan dianiaya, kanak-kanak disiat kulit dan disiram air panas ke kulitnya, apakah kekejaman seperti ini masih lagi membuka ruang kepada manusia berhujah dangkal dengan akal yang sempit mengatakan ini semua kerana Mujahideen.

Apakah kerana Amerika mengisytihar menolong mujahideen menjadikan mujahideen adalah tali barut Amerika. Aku ingin menyanggah retorik Syiah ini.

Kita jangan termakan dengan retorik syiah ini, kenapa semua ini baru berbangkit, tidakkah kita semua berfikir, bukalah minda anda sedikit. Ini semua mainan Syiah dengan Amerika, Amerika bermain dengan emosi Muslim seluruh dunia. Mereka tahu Amerika dibenci oleh seluruh dunia Islam dan ummat Islam sedunia.

Apakah tujuan mereka mengisytiharkan bantuan mereka, kerana mereka ingin melemahkan semangat kita semua untuk membantu Mujahideen dan kemudiannya mengutuk mujahideen dan memberi tekanan kepada mujahideen. Inilah mainan Retorik Syiah dan Amerika dan inilah percaturan politik mereka.

Kita kena ingat, ada atau tidak dokongan Amerika terhadap Mujahideen, jihad melawan Basyar sudah terlebih dahulu terjadi. Mujahideen tidak hanya satu, mereka disatukan oleh aspirasi yang sama iaitu melawan regim Basyar yang telah membantai rakyatnya secara amat zalim.

Amat meleset kepada sesiapa yang mengatakan bahawa tentera Pembebasan Syria ini dibantu oleh Amerika, Israel dan Barat. Kalau benar dibantu sudah lama Amerika hantar kapal perang dan mengebom sasaran tentera Basyar seperti mana mereka lakukan kepada Libya. Sekiranya betul mereka cintakan keamanan, sudah tentu mereka hantar tentera PBB seperti berlaku di Lubnan bagi memantau keadaan.

Propaganda yang sama juga terjadi ketika kaum Muslimin melawan regim atheis Soviet di Afghanistan. Propaganda Amerika mengatakan, Usamah bin Ladin adalah anti Amerika. Padahal perjuangan melawan Soviet dan bonekanya di Afghanistan adalah jihad melawan penjajah komunis.

Dan sekarang para propagandis Syiah di Libanon, Syria, Indonesia melakukan hal yang sama, agar tidak mengecam regim Basyar, dengan alasan tidak mahu terjebak membantu program politik Amerika melawan regim Syiah Nushairiyah pimpinan Basyar Al-Asad.

Oleh karena itu, umat Islam jangan tertipu dengan propaganda demikian. Kewajiban setiap Muslim untuk membela saudara Muslim lainnya di belahan bumi mana pun untuk melawan kezaliman dan meninggikan kalimat Allah subhanahu wa ta’ala. Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu!


Gambar Sekitar Himpunan HARI UNTUK SYRIA 14 Jun 2013 Di Hadapan KEDUTAAN SYRIA MALAYSIA









3 comments:

{ Lolly Apparel } at: June 14, 2013 at 11:31 PM said...

kenapa mesti amerika yang ntar bantuan mana perginya OIC? sebab syiria jugak OIC kan jadi tak boleh lah nak masuk campur. sume orang dah kena wayang dengan uNCLE SAM tu. Syiah lebih dasyat dari yahudi, musuh utama mereka adalah Sunnah Wal Jamaah. Syiah + Yahudi + Amerika satu kapal. betul kata author di atas kenapa dah sekian lama baru sibuk, nak ntar bantuan. Jangan tertipu dengan Ahmadenejad tu.. Kenapa sampai sekarang usa tak bom iran tu walaupun dia orang ada reaktor nuklear, afghanistan n iraq kejap jer dah dapat hadiah dari USA. Tapi dengan iran sampai sekarang main tarik tali sebab iran adalah syiah.

{ Tedi } at: June 15, 2013 at 8:52 AM said...

Terus sebarkan semoga bermanfaat :)
Tedi boleh baca jer sebab tak cukup ilmu.

{ Tinta Asyraf } at: June 15, 2013 at 9:02 AM said...

Trm kash tedi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2011 Tinta Asyraf. All Rights reserved
RSS Feed. This blog is proudly powered by Blogger. Design by dzignine based on Minima-White code frameworks